Sakit pinggang ketika hamil umum terjadi pada penghujung trimester kehamilan sahaja.

.

Akan tetapi, sakit pinggang adalah normal juga jika berlaku pada trimester awal kehamilan.

.

Terdapat banyak faktor yang boleh mempengaruhi sakit pinggang ketika hamil.

.

Tambah-tambah lagi untuk ibu yang hamil pada usia muda.

.

Jom kami kongsikan kepada anda beberapa faktor yang boleh menyebabkan sakit pinggang ketika hamil.

.

.

Faktor Mempengaruhi Sakit Pinggang Ketika Hamil

.

.

Sakit Pinggang Ketika Hamil Trimester 1

.

.

.

.

Trimester 1 adalah fasa kehamilan yang paling penting untuk ibu dan janin.

.

Kebiasaannya, ibu hamil tidak akan mengalami sakit pinggang pada awal trimester.

.

Akan tetapi, ia adalah normal terjadi kepada wanita yang hamil muda.

.

Trimester 1 akan dikira dari hari pertama anda putus haid hingga minggu ke-12 kehamilan.

.

Anda sebab berlakunya sakit pinggang ketika hamil adalah:

.

.

#1 Berat Badan Bertambah

.

.

sakit pinggang ketika hamil

.

.

Berat badan ibu hamil akan mula bertambah pada trimester 1.

.

Penambahan berat badan biasanya akan berlaku sebanyak satu per empat dari berat tubuh anda.

.

Disebabkan penambahan berat badan, ibu hamil akan mula mengalami kesakitan pada bahagian pinggang dan tubuh badan lain.

.

Pinggang merupakan bahagian tubuh badan penahan berat.

.

Penambahan berat badan secara mendadak akan mempengaruhi sedikit sebanyak struktur penahanan berat badan.

.

.

#2 Pusat Graviti Tidak Stabil

.

.

.

.

Ibu hamil akan mengalami masalah sakit pinggang disebabkan pusat graviti yang tidak stabil.

.

Apa yang dimaksudkan oleh pusat graviti tidak stabil adalah?

.

Apabila anda mula hamil, beberapa perubahan pada otot dan tubuh akan berlaku.

.

Perubahan ini akan menyebabkan tubuh badan ibu hamil akan menjadi tidak stabil.

.

Ini adalah satu perubahan awal untuk membiasakan anda membentuk postur tubuh badan baru apabila perut anda mula semakin membesar.

.

.

#3 Perubahan Hormon Dalam Badan

.

.

.

.

Perubahan hormon dalam badan akan menyebabkan sendi dibahagian pinggul dan pinggang anda menjadi lebih longgar.

.

Ia adalah persiapan awal untuk menyiapkan diri anda untuk proses bersalin nanti.

.

Ligamen pada bahagian tersebut akan menjadi lebih fleksibel dan kesan sampingan dari perubahan ini adalah sakit pinggang ketika hamil.

.

Anda memerlukan sedikit masa untuk membiasakan diri dengan perubahan tersebut.

.

Perubahan ini dikenali juga sebagai symphysis pubis dysfunction atau SPD.

.

.

Sakit Pinggang Ketika Hamil Trimester 2

.

.

.

.

Trimester 2 kehamilan adalah fasa dimana anda akan mula mendapat perubahan fizikal yang lebih ketara.

.

Kehamilan trimester 2 bermula dari usia kandungan 14 minggu hingga 27 minggu.

.

Anda akan mula lebih bertenaga untuk melakukan sebarang aktiviti seperti biasa.

.

Perkembangan janin dalam rahim juga mula berkembang.

.

Antara punca masalah sakit pinggang ketika hamil dalam trimester 2 adalah:

.

.

#1 Pergerakan Janin

.

.

.

.

Perut terdiri daripada dua bahagian otot selari yang bercantum di tengah perut.

.

Otot-otot ini akan membantu menstabilkan tulang belakang dan bahagian pinggang.

.

Janin yang semakin berkembang akan mula melakukan beberapa pergerakan pada trimester kedua ini.

.

Pergerakan janin akan menyebabkan otot perut anda meregang dan secara tidak langsung menyebabkan sakit pinggang berlaku.

.

Situasi ini dikenali sebagai diastasis recti.

.

.

#2 Perubahan Postur Badan

.

.

sakit pinggang ketika hamil

.

.

Dalam trimester kedua, anda akan menyedari bahawa postur badan anda akan mula berubah.

.

Perut yang semakin besar ke hadapan akan menyebabkan anda perlu sedikit membungkukkan badan ke belakang untuk menstabilkan tubuh badan.

.

Pergerakan ibu hamil juga akan mula terbatas untuk melakukan aktiviti yang memerlukan pergerakan perut.

.

Perkara ini secara tidak langsung akan mengakibatkan sakit pinggang ketika hamil.

.

Ibu hamil disarankan untuk mengurangkan pergerakan dan membetulkan postur badan untuk mengurangkan masalah sakit pinggang.

.

Baca Juga : Buah Untuk Ibu Berpantang – Sesuai Untuk Pemulihan

.

.

#3 Nafsu Makan Bertambah

.

.

.

.

Nafsu makan ibu hamil akan mula meningkat di trimester kedua.

.

Maklumlah, sudah berbadan dua orang kata.

.

Pertambahan nafsu makan ibu hamil didorong oleh penambahan tenaga yang diperlukan dalam badan untuk menampung tumbesaran janin.

.

Jika anda tidak melakukan senaman ringan pada trimester kedua ini, anda akan menyebabkan berat badan juga bertambah.

.

Penambahan berat badan adalah punca masalah sakit pinggang ketika hamil.

.

.

Sakit Pinggang Ketika Hamil Trimester 3

.

.

sakit pinggang ketika hamil

.

.

Trimester 3 adalah fasa terakhir ibu hamil sebelum melahirkan si kecil.

.

Usia kehamilan dalam trimester ketiga adalah dari minggu ke-28 hingga minggu ke-40.

.

Fasa terakhir sangat menguji ibu hamil dari segi mental dan fizikal.

.

Perubahan pada trimester ke-3 adalah perubahan yang paling maksima dan ibu hamil akan mula mengeluh dengan kesakitan yang dialami.

.

Antara punca berlakunya sakit pinggang ketika hamil adalah:

.

.

#1 Perut Semakin Membesar

.

.

sakit pinggang ketika hamil

.

.

Anda akan mengalami pembesaran perut yang sangat maksima pada trimester ke-3.

.

Pergerakan dan penggunaan tenaga adalah sangat terhad kerana kebanyakan ibu hamil sudah tidak mampu memikul bebannya.

.

Penambahan jumlah berat badan ibu hamil pada ketika ini boleh mencapai sehingga 18 kilogram.

.

Anda akan mengalami beberapa pembengkakkan pada bahagian anggota badan penahan berat badan.

.

Ini sekaligus akan menyebabkan sakit pinggang anda semakin meningkat.

.

.

.

.

#2 Posisi Tidur

.

.

sakit pinggang ketika hamil

.

.

Perut yang semakin membesar akan menyukarkan anda untuk tidur dengan lebih selesa.

.

Anda akan banyak tidur secara mengiring untuk mengurangkan tekanan pada kandungan.

.

Posisi tidur secara mengiring akan menyebabkan sakit pinggang ketika hamil.

.

Untuk mengurangkan perkara ini berlaku, anda dinasihatkan untuk melapik bantal di bahagian bawah perut.

.

Dengan adanya bantal tersebut anda dapat mengurangkan tekanan pada bahagian pinggang.

.

.

#3 Tekanan Perasaan

.

.

sakit pinggang ketika hamil

.

.

Ibu hamil akan mengalami tekanan perasaan atau stres yang melampau pada trimester ke-3.

.

Pergerakan yang terbatas dan kontraksi palsu yang semakin banyak akan membuatkan ibu hamil menjadi lebih tertekan.

.

Pada penghujung fasa trimester ke-3 ini, para suami dinasihatkan untuk memberi perhatian lebih kepada ibu hamil.

.

Suami perlu pastikan mental isteri terjaga supaya tekanan dapat dikurangkan.

.

Tekanan akan menyebabkan ketegangan otot berlaku sehingga menyebabkan kesakitan pada bahagian yang tertumpu seperti pinggang akan meningkat.

.

.

Cara Mengatasi Sakit Pinggang Ketika Hamil

.

.

.

.

Cara hilangkan sakit pinggang ketika hamil mungkin tidak cukup untuk membantu jika tidak diamalkan dengan betul.

.

Kebanyakan cara mengatasi yang disarankan kurang berkesan dan perlu disesuaikan mengikut gaya hidup semasa.

.

Anda perlu melakukan amalan yang dikongsikan di bawah dengan disiplin dan konsisten jika ingin mendapatkan keberkesanan yang maksima.

.

Beristirehat sahaja tidak cukup untuk mengurangkan masalah sakit pinggang ketika hamil.

.

Amalan-amalan yang dikongsikan juga bukan untuk menghilangkan terus rasa sakit pinggang tersebut, ia hanyalah sebagai alternatif untuk mengurangkan sahaja.

.

Baca Juga : Cara Banyakkan Susu Badan – Tips, Petua Dan Cara

.

.

#1 Berlatih Postur Badan Yang Betul

.

.

.

.

Perubahan yang dialami oleh ibu hamil sedikit sebanyak akan memberi kesan terhadap postur badan semasa.

.

Ibu hamil perlu menyesuaikan diri dan berlatih postur badan yang betul mengikut perkembangan janin dan pembesaran perut ibu hamil.

.

Ia adalah untuk memastikan anda tidak jatuh ke depan dan dapat menstabilkan malah dapat mengurangkan lagi tekanan pada bahagian pinggang.

.

Postur badan yang betul bukan dari segi cara anda berjalan sahaja.

.

Anda perlu membetulkan postur badan ketika berdiri, duduk dan tidur.

.

.

#2 Menggunakan Kasut Dan Selipar Yang Sesuai

.

.

.

.

Penggunaan kasut dan selipar yang sesuai juga dapat membantu mengurangkan sakit pinggang ketika hamil.

.

Penggunaan kasut yang memiliki bahagian dalam yang lembut dapat mengurangkan rasa lenguh ketika berjalan atau berdiri.

.

Kasut yang anti licin juga perlu dititik beratkan dalam pemilihan kasut dan selipar supaya tidak berlaku kejadian yang tidak diingini.

.

Jangan memakai kasut bertumit tinggi, pilih kasut yang bertapak rata kerana ia akan membantu menstabilkan anda.

.

Anda perlu mengambil serius perkara ini walaupun nampak seperti hal kecil sahaja.

.

.

#3 Elakkan Mengangkat Beban Yang Berat

.

.

sakit pinggang ketika hamil

.

.

Mengangkat beban yang berat sangat perlu dielakkan oleh ibu hamil.

.

Beban yang berat akan menyebabkan anda memberi tekanan yang lebih kepada bahagian pinggang, tulang belakang dan perut.

.

Jika anda terpaksa untuk mengangkat beban yang berat, anda perlu memastikan cara yang anda gunakan adalah betul.

.

Tidak kisah beban itu berat atau ringan, anda perlu mengangkat beban tersebut dengan merendahkan sedikit badan kebawah dan mengangkatnya dengan memberi tekanan pada bahagian kaki.

.

Anda perlu mengelakkan mengangkat beban secara membungkuk kerana ia akan menyebabkan tekanan lebih pada bahagian pinggang.

.

Baca Juga : Bersalin Czer – Cara Berpantang, Kesan Selepas Bersalin, Fakta Luka Czer

.

.

#4 Posisi Tidur Secara Mengiring

.

.

sakit pinggang ketika hamil

.

.

Petua hilangkan sakit pinggang ketika hamil seterusnya adalah posisi tidur.

.

Semasa anda tidur, anda dinasihatkan untuk tidur secara mengiring.

.

Tidur secara terlentang akan mengakibatkan tekanan pada tulang belakang dan pinggang kerana adanya beban perut yang besar.

.

Anda boleh tidur secara mengiring ke sebelah kiri atau kanan.

.

Tetapi, lebih baik jika anda tidur mengiring ke sebelah kiri kerana ia akan meningkatkan aliran darah untuk membawa nutrisi ke kandungan anda.

.

.

#5 Senaman Ringan

.

.

sakit pinggang ketika hamil

.

.

Anda boleh melakukan senaman ringan seperti regangan, senaman kegel atau berjalan perlahan.

.

Aktiviti fizikal seperti ini dapat membuatkan otot anda lebih kuat dan dapat mengurangkan masalah sakit pinggang ketika hamil.

.

Mengikut kajian, aktiviti berenang juga dapat membantu mengatasi masalah sakit pinggang.

.

Pengaliran air yang bergerak ke seluruh badan dipercayai dapat membantu merawat kecederaan dan ketegangan otot badan.

.

Elakkan senaman yang memberi tekanan pada bahagian abdomen walaupun senaman ringan.

.

.

#6 Menggunakan Pad Haba

.

.

sakit pinggang ketika hamil

.

.

Selain itu, penggunaan pad haba pada bahagian yang sakit seperti pinggang, punggung dan perut dapat mengurangkan kesakitan yang dialami.

.

Anda boleh menggunakan pad haba yang dijual di pasaran atau membuatnya sendiri di rumah dengan menggunakan botol air sahaja.

..

Anda disarankan meletakkannya selama 20 minit sahaja pada bahagian sakit untuk satu pusingan.

.

Jangan menggunakan air yang terlalu panas kerana ia akan memberi kesan yang tidak baik dan kemungkinan untuk kulit melecur sangat tinggi.

.

Lapik menggunakan kain atau tuala supaya tidak menyentuh secara langsung.

.

Itu sahaja perkongsian kami berkenaan sakit pinggang ketika hamil.

.

Semoga perkongsian kami ini dapat membantu anda mengurangkan kesakitan semasa hamil.