Bersalin normal adalah cara bersalin yang paling diimpikan oleh semua ibu.
.
Hal ini kerana ramai yang tidak sanggup untuk menghadapi proses pembedahan yang pastinya amat menyakitkan.
.
Rasa sakit tersebut bukan hanya semasa pembedahan sahaja.
.
.
Proses untuk sembuh juga perlu melalui fasa-fasa yang amat menyakitkan.
.
Dalam perkongsian kali ini, kami akan kongsikan dengan anda mengenai bersalin normal yang anda perlu tahu.
.
.
.
.
Proses Bersalin Normal
.
.
Ada beberapa fasa yang perlu dilalui si ibu untuk bersalin normal.
.
Antaranya adalah seperti berikut.
.
.
1. Peringkat pertama
.
Proses kelahiran dan pembukaan serviks
.
.
Tahap pertama proses kelahiran normal melibatkan kontraksi yang membantu serviks melebar, melembut dan meregang sehingga bayi dapat dilahirkan.
.
Tahap ini adalah yang paling lama dan boleh berlangsung sehingga 13 jam semasa kelahiran pertama wanita dan sekitar tujuh hingga lapan jam untuk kelahiran berikutnya.
.
Tahap pertama ini mempunyai tiga sub-fasa:
.
i. Fasa awal kelahiran:
.
.
Kontraksi berlaku pada setiap tiga hingga lima minit secara berselang.
.
Serviks pada ketika ini mampu melebar sehingga empat sentimeter.
.
Anda masih boleh menghabiskan kerja-kerja di rumah pada tahap pertama fasa awal kelahiran normal ini.
.
ii. Fasa aktif kelahiran:
.
.
Anda akan beralih ke fasa aktif dalam kelahiran normal apabila kontraksi rahim menjadi semakin kuat.
.
Ia juga lebih kerap pada kadar setiap tiga ke empat minit dan kontraksi yang berlaku berlangsung sekitar seminit.
.
Serviks pada saat ini boleh melebar sehingga tujuh sentimeter.
.
Pada waktu ini, anda mestilah dibawa ke hospital untuk menjalani proses bersalin.
.
Air ketuban akan pecah sendiri atau dipecahkan oleh doktor ketika ini untuk mempercepatkan bukaan serviks.
.
Kesannya, kontraksi rahim akan menjadi semakin kuat dan cepat.
.
iii. Fasa Peralihan:
.
.
Ini adalah fasa yang paling menyakitkan dalam proses kelahiran normal peringkat pertama.
.
Hal ini kerana pada waktu ini, serviks akan melebar sepenuhnya, kira-kira 10 cm.
.
Pengecutan atau kontraksi yang menyakitkan dan kuat berterusan pada selang dua ke tiga minit, masing-masing berlangsung selama 60-90 saat.
.
2. Peringkat Kedua
.
.
Meneran dan melahirkan bayi
.
Tahap ini bermula setelah pembukaan serviks berlaku sepenuhnya.
.
Kontraksi yang kuat membantu mendorong kepala bayi untuk melalui saluran kelahiran.
.
Anda diminta untuk meneran ketika kontraksi dan mungkin akan mengalami kesakitan yang amat sangat di sekitar lubang faraj ketika bayi keluar.
.
Pada tahap ini, doktor boleh memutuskan untuk membuat sayatan (episiotomi) untuk melebarkan bukaan faraj untuk memudahkan bayi diteran keluar.
.
Anda mesti terus meneran sehingga bayi akhirnya berjaya dilahirkan.
.
3. Peringkat Ketiga
.
.
Plasenta Diteran Keluar
.
Pada tahap akhir kelahiran normal yang disebut fasa selepas kelahiran ini, plasenta akan dikeluarkan melalui vagina.
.
Ia berlaku dalam tempoh beberapa minit hingga setengah jam selepas bayi dilahirkan. .
.
Prosesnya boleh dibantu secara manual oleh bidan atau doktor dengan mengurut-urut bahagian bawah abdomen.
.
Sakit Bersalin Normal
.
.
Walaupun pengalaman melahirkan anak adalah berbeza bagi setiap wanita, rasa sakit pada setiap kelahiran secara normal biasanya sama.
.
Ia akan terasa seakan-akan kekejangan yang sangat menyakitkan pada bahagian bawah abdomen ketika haid.
.
Ketika proses kelahiran normal ini memasuki fasa kedua, anda akan menjadi terlampau sakit.
.
Fokus anda hanya pada proses bersalin dan segera mengeluarkan bayi.
.
Akhirnya serviks akan melebar sepenuhnya dan pada ketika ini anda telah bersedia untuk meneran dan melahirkan bayi.
.
Semasa fasa meneran dan melahirkan ini, sebahagian wanita akan menjadi seperti belangkas yang melekat dan tidak mahu berpisah daripada pasangan.
.
Ada pula yang menjerit-jerit dan menjadi sangat cerewet, ada yang gementar, merasa terharu dan cemas.
.
.
Tidak kurang juga yang menjadi kurang sopan atau seakan-akan hilang kewarasan atau pertimbangan.
.
Bagi sesetengah wanita, meneran keluar bayi terasa seperti anda ingin membuang air besar.
.
Ketika bayi akhirnya mula keluar, kebanyakan wanita memang menganggap bahawa mereka benar-benar sedang buang air besar.
.
Baca Juga : Mengandung Kali Pertama? Jom Baca Apa Yang Anda Perlu Buat dan Elak!
.
.
Cara Bersalin Normal
.
.
.
Ketika fasa meneran, doktor atau bidan bertauliah akan meminta anda untuk berada pada posisi untuk meneran.
.
Pada saat ini, anda akan diminta untuk bertenang dan tidak panik.
.
Sewaktu kontraksi datang, anda akan diarahkan oleh bidan atau doktor untuk mengambil nafas sedalam-dalamnya dan meneran sekuat hati.
.
Dalam masa yang sama, tangan anda harus menggenggam kuat pergelangan kaki supaya anda memperoleh momentum atau kekuatan untuk meneran keluar bayi.
.
Apabila kontraksi datang memuncak, anda harus meneran dengan sehabis daya.
.
Ketika kontraksi menghilang, anda harus mengambil peluang ini untuk bertenang, mengambil nafas sedalam-dalamnya dan berehat.
.
.
Anda juga perlu bersedia untuk sesi meneran yang seterusnya.
.
Anda perlu berhenti meneran sekiranya diarahkan oleh bidan atau doktor.
.
Hal ini kerana mereka akan memastikan bahawa anda tidak akan meneran terlalu lama untuk setiap sesi kontraksi.
.
Hal ini kerana ingin mengelakkan anda kehilangan tenaga dan daya untuk meneran pada kontraksi yang akan datang.
.
.
Cara Bersalin Normal Tanpa Jahitan
.
.
.
Tidak ada jaminan yang anda akan dapat mencegah koyakan vagina semasa melahirkan.
.
Akan tetapi beberapa penyelidikan menunjukkan bahawa langkah-langkah ini dapat mengurangkan risiko koyakan perineum yang teruk:
.
a. Bersedia untuk meneran.
.
.
Semasa fasa kedua proses bersalin normal, iaitu fasa meneran, anda mestilah memastikan yang proses ini dilakukan dengan cara yang betul.
.
Iaitu secara perlahan-lahan dan tidak tergesa-gesa.
.
Ini bagi memberi peluang kepada tisu perineum anda untuk berkembang secara perlahan-lahan bagi memudahkan bayi keluar tanpa sebarang koyakan.
.
b. Urut perineum.
.
.
Semasa fasa kedua proses bersalin normal, bidan anda mungkin akan meletakkan dua jari yang disapu gel pelincir di faraj anda dan mengurut-urutnya dengan lembut.
.
Doktor juga mungkin akan mengesyorkan urutan perineum di rumah pada akhir trimester ketiga, sebelum permulaan proses kelahiran.
.
Anda boleh melakukan ini secara sendirian atau dengan bantuan pasangan anda.
.
.
.
.
Cara Mudah Bersalin Normal
.
.
.
a. Pemakanan yang betul
.
Pemakanan merupakan salah satu cara terbaik bagi wanita untuk mengalami proses kehamilan dan kelahiran yang lancar.
.
Pengambilan protein yang banyak, sayuran hijau berdaun dan mengurangkan gula dalam diet perlu dilakukan.
.
Ia dapat membantu mengurangkan risiko kehamilan dan melancarkan proses bersalin.
.
b. Kekalkan kecergasan
.
.
Kekal cergas ketika hamil membantu anda untuk tidur lebih lena dan mengelakkan pertambahan berat badan yang berlebihan.
.
Ia juga dapat meningkatkan stamina serta memperbaiki emosi sepanjang tempoh kehamilan.
.
c. Mempunyai rancangan kelahiran
.
Pelan kelahiran benar-benar dapat membantu anda untuk merasa lebih bersedia menghadapi hari besar nanti.
.
Adakah anda mahu pasangan anda memotong tali pusat?
.
Adakah anda akan mencuba meneran tanpa epidural?
.
Maklumkanlah semuanya kepada doktor anda.
.
d. Ikuti kelas pranatal
.
.
Ikutilah mana-mana kelas pranatal yang akan membantu anda untuk mendapatkan info-info yang sangat berguna sepanjang proses kehamilan dan kelahiran.
.
Anda juga akan bertemu dengan ramai bakal ibu lain.
.
Mereka akan bersama-sama berkongsi perjalanan dan pengalaman mereka semasa menjalani tempoh kehamilan.
.
Ini pasti akan memberi motivasi kepada anda serta turut membantu mempersiapkan mental anda untuk menyambut kelahiran bayi.
.
e. Kekal bergerak
.
Sekiranya anda telah memasuki fasa pertama proses bersalin normal, anda sangat digalakkan untuk kekal bergerak.
.
Aktiviti yang anda boleh lakukan adalah seperti berjalan-jalan dan melakukan regangan atau senaman ringan.
.
Baca Juga : Kesuburan Wanita – 10 Cara Untuk Pelihara Kesuburan
.
Tips Bersalin Normal
.
.
.
Kami mempunyai petua tertentu yang mungkin membantu anda dalam menghadapi proses bersalin normal.
.
Antara tips yang ada termasuklah:
.
- Pemakanan yang seimbang dan berkhasiat. Peningkatan berat badan anda mestilah mencukupi dan berat anda juga haruslah tidak berlebihan.
- Melakukan senaman seperti mencangkung adalah latihan yang bermanfaat bagi setiap wanita yang bersiap sedia untuk menjalani proses bersalin normal. Latihan pernafasan membantu anda dalam relaksasi dan membantu tubuh untuk mendapat cukup oksigen semasa kontraksi berlaku.
- Tidur secukupnya dan kerap. Pengalaman tidur dapat ditingkatkan dengan menggunakan bantal yang lembut dan mesra kulit.
- Lakukan hobi anda. Sebagai contoh, berkebun atau membaca buku akan dapat menenangkan fikiran anda.
- Menghadiri kelas antenatal. Seseorang bakal ibu atau bapa mestilah bersedia dari segi mental dan fizikal untuk menyambut orang baru. Kelas antenatal ini akan membantu anda untuk melalui proses tersebut dengan lancar.
- Urutan semasa bersalin. Melakukan urutan pada bahagian punggung bawah anda semasa bersalin oleh pasangan anda akan membantu mengurangkan kesakitan dan memberi sokongan psikologi terhadap anda.
.
.
Gambar Bersalin Normal
.
.
Boleh lihat gambar bersalin normal dibawah untuk mendapatkan gambaran situasi yang anda bakal hadapi.
.
.
.
Video Bersalin Normal
.
Bersalin normal video yang anda boleh lihat.
.
https://www.youtube.com/watch?v=pLA7-cD4JJI
.
.
Doa Mudah Bersalin Normal
.
.
.
Sebagai muslim, terdapat pelbagai doa boleh diamalkan bagi memohon dipermudahkan urusan kehamilan dan proses kelahiran.
.
Antara doa-doa yang boleh anda amalkan ialah:
.
- Surah Maryam Ayat 26
فَكُلِي وَاشْرَبِي وَقَرِّي عَيْنًا ۖ فَإِمَّا تَرَيِنَّ مِنَ الْبَشَرِ أَحَدًا فَقُولِي إِنِّي نَذَرْتُ لِلرَّحْمَٰنِ صَوْمًا فَلَنْ أُكَلِّمَ الْيَوْمَ إِنسِيًّا
“Maka makanlah dan minumlah serta bertenanglah hati dari segala yang merunsingkan. Kemudian kalau engkau melihat seseorang manusia, maka katakanlah: Sesungguhnya aku bernazar diam membisu kerana (Allah) Ar-Rahman; (setelah aku menyatakan yang demikian) maka aku tidak akan berkata-kata kepada sesiapapun dari kalangan manusia pada hari ini”.
.
Amalkanlah ayat ini ketika proses bersalin sudah bermula.
.
- Surah Al-Imran Ayat 38
هُنَالِكَ دَعَا زَكَرِيَّا رَبَّهُ ۖ قَالَ رَبِّ هَبْ لِي مِن لَّدُنكَ ذُرِّيَّةً طَيِّبَةً ۖ إِنَّكَ سَمِيعُ الدُّعَاءِ
“Ketika itu Nabi Zakaria berdoa kepada Tuhannya, katanya:” Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan”.
.
Doa ini dipohon oleh Nabi Zakaria agar dikurniakan zuriat buat dirinya dan isterinya yang mandul. Asbab dari doa ini juga boleh kita amalkan semasa bersalin agar dikurniakanAllah memberikan kita zuriat yang soleh dan solehah.
.
- Surah Anbiya Ayat 89
“Dan (sebutkanlah peristiwa) Nabi Zakaria, ketika ia merayu kepada Tuhannya dengan berkata: “Wahai Tuhanku! Janganlah Engkau biarkan daku seorang diri (dengan tidak meninggalkan zuriat); dan Engkaulah jua sebaik-baik yang mewarisi”.
.
Doa ini dibaca oleh Nabi Yunus ketika berada dalam perut ikan nun. Sebagaimana mudahnya ikan nun memuntahkan Nabi Yunus, itulah harapannya agar mudah bagi anda untuk melahirkan bayi anda.
.
.
Tanda Luka Jahitan Bersalin Normal Sudah Sembuh
.
.
.
Sekiranya luka anda sudah mulai sembuh, berikut adalah antara tanda-tanda yang boleh anda perhatikan:
- Luka dan jahitan kelihatan bercantum dengan cantik.
- Luka anda kelihatan bersih.
- Tiada lagi warna kemerah-merahan pada jahitan.
- Tiada bengkak pada jahitan.
- Tiada nanah pada jahitan.
- Tiada kawasan luka dan jahitan yang terasa sakit apabila disentuh.
- Tiada air atau cecair yang keluar dari luka dan jahitan.
- Tiada benang yang terkeluar atau hilang dari jahitan.
- Luka dan jahitan tidak berasa gatal
- Jahitan anda tidak terbuka atau kelihatan pelik.
- Luka dan jahitan tidak kelihatan melecet.
.
.
Luka Jahitan Bersalin Normal
.
.
.
Terdapat beberapa langkah bagi anda untuk memastikan bahawa luka jahitan anda pulih sepenuhnya. Antaranya ialah:
- Pastikan kawasan di sekitar jahitan bersih dan kering.
- Keringkan kawasan itu dengan tuala bersih setelah anda mandi.
- Selepas anda membuang air kecil atau buang air besar, siramkan air suam ke seluruh kawasan dan keringkan dengan tuala bersih atau lampin bayi.
- Jangan gunakan kertas tandas untuk mengelap kawasan luka anda.
.
.
Makanan Dalam Pantang Bersalin Normal
.
.
.
Ketika dalam tempoh berpantang, makanan pantang berslin normal merupakan perkara penting yang harus dijaga pengambilannya.
.
Ia bagi membolehkan tubuh anda mendapat zat yang secukupnya untuk membantu proses pemulihan tubuh serta memastikan pengeluaran susu menjadi lancar.
.
Di bawah ini disertakan beberapa senarai makanan yang berkhasiat yang boleh dimakan ketika tempoh berpantang.
.
Makanan-makanan tersebut termasuklah:
- Ikan seperti ikan haruan, ikan tilapia dan ikan salmon
- Ayam
- Daging lembu
- Buah-buahan seperti anggur, oren dan betik
- Sayur-sayuran seperti sawi, bayam dan brokoli
- Ulam-ulaman seperti pegaga, pudina dan ulam raja
- Air kosong atau jus buah-buahan dan minuman malt seperti horlick
.
Baca Juga : Tanda Hamil – Ketahuinya Untuk Elakkan Risiko Keguguran!
.
Posisi Tidur Selepas Bersalin Normal
.
.
.
Posisi tidur yang membantu ibu tidur dengan lena selepas bersalin serta tidak memberi tekanan kepada luka jahitan.
.
Posisi tidur secara mengiring dan bahagian atas badan anda ditinggikan sedikit menggunakan bantal yang selesa.
.
Ini bagi mengelakkan anda mengalami refluks asid serta membantu anda untuk menyusukan bayi anda serta mudah untuk bangun dari tidur.
.
Rasanya itu sahaja perkongsian kali ini mengenai bersalin normal.
.
Semoga perkongsian kali ini memberikan manfaat buat anda.
.
Jangan lupa juga untuk membaca perkongsian yang lain daripada kami.