Isteri, Anda Berhak Lebih Bahagia

Sis, ketika ehem-ehem dengan Hubby.. Ada tak rasa Hubby kadang-kadang Susah Tahan Lama atau Keras? Kita pun rasa tak puas, kan?


Tak boleh dibiarkan. Takut semakin melarat. Jom ikhtiar sat ni,..
Selesaikan (Percuma)
Kebersihan Wanita

FARAJ BERBAU: Tips Elakkan Bau yang Buatkan Suami Hilang Nafsu!

Alamak! Anda ada masalah faraj berbau ke?

.

Jangan buat main kalau anda sedang mengalami masalah ini.

.

.

Mungkin anda tak perasan, namun bagaimana dengan pasangan anda?

.

Pernah tak dia mengadu bahawa faraj anda berbau sedikit pelik?

.

Jika pernah, anda perlu lebih berhati-hati dan pastikan anda baca perkongsian kami ini sehingga habis.

.

Sebelum anda tahu cara elakkan faraj berbau, anda perlu tahu dulu sebab kenapa ia berbau.

.

Jom baca!

.

.

.

.

Sebab Faraj Berbau

.

.

Sebab atau punca faraj berbau adalah berbeza bergantung kepada jenis bau yang dihasilkan.

.

.

a. Faraj berbau masam

.

.

Bau sebegini adalah sangat biasa bagi kebanyakan faraj wanita.

.

Namun, anda jangan sesekali berasa selesa dengan perkara ini.

.

Bau ini hampir sama dengan bau yogurt, sourdouhg bread dan juga sour beer.

.

Ia sebenarnya merupakan bau bakteria baik yang akan berada didalam kebanyakan faraj yang sihat.

.

Bakteria ini dikenali sebagai lactobacili.

.

Punca berlakunya bau ini adalah:

  • Asid. Nilai pH bagi faraj yang sihat adalah sedikit asidik iaitu diantara 3.8 dan 4.5.

.

.

b. Bau tembaga seperti syiling

.

.

Ramai juga wanita atau pasangan mereka yang melaporkan bahawa faraj berbau tembaga.

.

Kalau anda nak tahu macam mana baunya, cuba anda ambil syiling dan hidu.

.

Haa.. Macam tulah baunya.

.

Jangan risau kerana ia bukanlah petanda anda sedang mengalami masalah yang serius.

.

Punca bau ini:

  • Darah. Darah mengandungi zat besi yang mempunyai bau besi dan ia biasanya disebabkan oleh kitaran haid dimana ketika haid, darah dan tisu akan keluar menerusi faraj.
  • Seks. Pendarahan ringan selepas melakukan hubungan seks adalah perkara biasa dan ia berkemungkinan disebabkan oleh faraj yang kering atau seks yang ganas sehingga mengakibatkan luka.

.

Bau tembaga ini juga berkemungkinan besar disebabkan oleh pendarahan faraj.

.

.

Ia sepatutnya tidak akan berlarutan untuk satu tempoh yang lama selepas haid anda tamat.

.

Jika faraj anda ada sentuhan dengan air mani, ia akan mengakibatkan nilai pH faraj anda untuk berubah dan mengakibatkan bau besi.

.

Namun, jika anda mengalami pendarahan yang tidak berkaitan dengan haid atau bau tersebut hadir bersama-sama dengan kegatalan, adalah baik untuk anda berjumpa dengan doktor.

.

Baca Juga : KANSER RAHIM : TANDA DAN BAHAYANYA UNTUK WANITA

.

.

c. Bau manis

.

.

Jika faraj anda berbau manis, ia bukanlah sesuatu yang perlu untuk anda panik.

.

Punca utama berlakunya bau sebegini adalah:

  • Bakteria. Nilai pH faraj anda merupakan nilai yang sangat mudah untuk berubah dan perubahan ini adakalanya akan membuatkan faraj anda berbau wangi.

.

.

d. Bau bahan kimia

.

.

Macam ganas sangat pulak kan kalau bau macam ni?

.

Untuk mudahkan anda faham, anda boleh samakan ia seperti bau bilik air yang baru dibersihkan.

.

Sebab baunya adalah lebih kurang sama dengan bahan peluntur.

.

Jika ia berbau sebegini, kami sangat sarankan anda untuk sesegera mungkin berjumpa dengan doktor.

.

Punca bau ini:

  • Air kencing. Didalam air kencing anda terdapat bahan buangan ammonia yang dikenali sebagai urea dan ia juga menandakan masalah dehidrasi.
  • Jangkitan faraj. Ia juga berkemungkinan besar anda mengalami bacterial vaginosis.

.

.

Bacterial vaginosis merupakan jangkitan yang paling kerap berlaku.

.

Antara simptom masalah ini adalah:

  • Bau faraj seperti ikan masin
  • Bahan buangan nipis berwarna kelabu, putih atau hijau
  • Kegatalan faraj
  • Rasa pedih ketika membuang air kecil

.

Baca Juga : KITARAN HAID – 7 PERKARA ANDA WAJIB TAHU JIKA KITARAN HAID TIDAK TERATUR

.

.

e. Bau seperti bau badan

.

.

Anda juga berkemungkinan merasakan ia berbau hampir sama seperti bau marijuana.

.

Kalau anda pernah bau lah.

.

Namun, sehingga ke hari ini masih belum ada lagi jawapan saintifik yang memuaskan berkenaan bau ini.

.

Apapun, nasib baik wujudnya kelenjar peluh dibawah sana.

.

Jadi tak hairanlah kenapa ia mempunyai bau yang hampir sama.

.

Punca bau ini adalah disebabkan oleh stress.

.

Badan anda mempunyai dua jenis kelenjar peluh iaitu:

  • Apocrine
  • Eccrine

.

.

Kelenjar apocrine banyak terdapat pada bahagian ketiak anda dan juga pada bahagian dicelahan paha anda.

.

Selain itu, ia juga bertindak balas dengan emosi anda.

.

Untuk kelenjar eccrine pula, ia menghasilkan peluh untuk menyejukkan badan anda.

.

Bila anda stress, kelenjar apocrine akan menghasilkan cecair yang cirinya seperti susu.

.

Jika ia sendiri, ia tidak berbau.

.

Namun, apabila ia bertindakbalas dengan bakteria faraj yang ada pada vulva anda, ia akan menghasilkan bau yang agak tengik.

.

.

.

.

f. Faraj berbau ikan masin

.

.

Mungkin anda dah terlalu kerap dengar berkenaan faraj yang berbau sebegini kan?

.

Sebenarnya bau ini lebih tepat untuk disamakan dengan bau ikan yang tidak segar.

.

Kenapa faraj berbau ikan masin?

.

Ia disebabkan oleh trimethylamine yang merupakan bahan kimia yang bertanggungjawab dalam penghasilan bau ini.

.

Punca lain bau ini:

 

  • Bacterial vaginosis. Ia akan berlaku apabila terdapat pertumbuhan bakteria anaerobik yang diluar kawalan pada faraj anda.
  • Trichomoniasis. Ia merupakan slaah satu daripada sexually transmitted infection yang paling kerap berlaku dan boleh dirawat dengan mudah dengan antibiotik.

 

.

.

g. Faraj berbau bangkai

.

.

Bau seperti bangkai pasti akan membuatkan wajah anda terus berubah.

.

Ia bukanlah perkara biasa dan anda perlu risau kerana ia berkemungkinan besar bukan berkenaan apa yang ada pada faraj anda.

.

Sebaliknya, ia mungkin disebabkan oleh sesuatu yang ada didalam faraj anda.

.

Punca bau ini adalah tampon yang tertinggal.

.

Ada sesetengah wanita yang membiarkan tampon didalam faraj selama berhari-hari dan ada juga berminggu!

.

.

Kenapa faraj berbau selepas bersalin?

.

.

Punca faraj berbau selepas bersalin adalah berkemungkinan besar bermula daripada anda mengandung lagi.

.

Berdasarkan American Pregnancy Association, ramai ibu yang mengalami bahan buangan berlebihan melalui faraj sewaktu mengandung.

.

Selepas bersalin, lebih banyak bahan buangan yang dikeluarkan kerana badan anda sedang mencuci darah dan tisu keluar daripada uterus.

.

Proses ini dikenali sebagai lochia dan ia mampu berlarutan sehingga beberapa minggu selepas bersalin.

.

Baca Juga : DARAH HAID – 7 WARNA GAMBARAN KESIHATAN WANITA

.

.

Tips Elakkan Faraj Berbau

.

.

a. Amalkan kebersihan diri

.

.

Basuh dan cuci kawasan dicelah paha anda.

.

Untuk bahagian faraj, elakkan daripada mencuci menggunakan sabun kerana ia akan memberikan kesan terhadap nilai pH di kawasan tersebut.

.

Cukup sekadar dengan mengalirkan air ke kawasan tersebut dan lap sehingga kering.

.

.

b. Gunakan exterior deodorizing products sahaja

.

.

Jika anda ingin gunakan spray atau perfume pada bahagian tersebut, gunakan pada luar kawasan labia sahaja.

.

Jangan sesekali sembur pada faraj anda kerana ia akan membuatkan ketidakseimbangan nilai pH pada kawasan tersebut.

.

.

c. Tukar seluar dalam anda

.

.

Jika selama ini anda gemar memakai seluar dalam daripada satin, sutera atau polyester, ubah kepada 100% cotton selepas ini.

.

Kain jenis ini lebih sesuai dan memudahkan faraj anda untuk “bernafas”.

.

Jika kawasan tersebut terlebih lembab, ia akan memudahkan pembiakan bakteria.

.

.

c. Gunakan produk pH

.

.

Dapatkan produk yang mampu untuk mengembalikan nilai pH faraj anda.

.

Jika anda dah cuba dan kesannya semakin buruk, dapatkan khidmat nasihat daripada doktor anda.

.

.

d. Essential oils

.

.

Minyak ini mengandungi ciri antimicrobial dan antifungal yang akan mengurangkan dan membuang bakteria.

.

Namun, jangan sesekali anda terus menyapunya pada faraj anda.

.

.

Sekian sahaja perkongsian kali ini berkenaan dengan masalah faraj berbau dan cara untuk elakkan ia.

.

Semoga anda mendapat manfaat yang berguna daripada perkongsian kali ini!

Irwani Hasanah

View Comments

  • For my thesis, I consulted a lot of information, read your article made me feel a lot, benefited me a lot from it, thank you for your help. Thanks!

  • Your article helped me a lot, is there any more related content? Thanks!

  • I am an investor of gate io, I have consulted a lot of information, I hope to upgrade my investment strategy with a new model. Your article creation ideas have given me a lot of inspiration, but I still have some doubts. I wonder if you can help me? Thanks.

  • At the beginning, I was still puzzled. Since I read your article, I have been very impressed. It has provided a lot of innovative ideas for my thesis related to gate.io. Thank u. But I still have some doubts, can you help me? Thanks.

  • I am a student of BAK College. The recent paper competition gave me a lot of headaches, and I checked a lot of information. Finally, after reading your article, it suddenly dawned on me that I can still have such an idea. grateful. But I still have some questions, hope you can help me.

  • This article opened my eyes, I can feel your mood, your thoughts, it seems very wonderful. I hope to see more articles like this. thanks for sharing.

  • This article opened my eyes, I can feel your mood, your thoughts, it seems very wonderful. I hope to see more articles like this. thanks for sharing.

  • Your article gave me a lot of inspiration, I hope you can explain your point of view in more detail, because I have some doubts, thank you. 20bet