Isteri, Anda Berhak Lebih Bahagia

Sis, ketika ehem-ehem dengan Hubby.. Ada tak rasa Hubby kadang-kadang Susah Tahan Lama atau Keras? Kita pun rasa tak puas, kan?


Tak boleh dibiarkan. Takut semakin melarat. Jom ikhtiar sat ni,..
Selesaikan (Percuma)
Kebersihan Wanita

Darah Nifas – Semua Yang Anda Perlu Tahu

Apa sebenarnya maksud darah nifas?

.

Mungkin ada diantara anda yang masih lagi tertanya-tanya apa sebenarnya darah nifas dan apa pula perbezaannya dengan darah lain.

.

Jangan risau kerana dalam perkongsian kali ini kami akan berkongsi secara menyeluruh mengenai apa sebenarnya darah ini .

.

Jom baca!

.

.

Maksud Darah Nifas

.

.

.

.

Nifas adalah darah yang keluar setelah kosong kesemua rahim daripada kandungan.

.

Tanpa mengira samada yang keluar itu dalam bentuk alaqah iaitu segumpal darah ataupun mudghah yang membawa maksud segumpal daging.

.

Ia juga mestilah melalui sekurang-kurangnya 15 hari selepas kelahiran barulah ia suci.

.

Namun, sekiranya wanita melihat masih ada darah yang keluar selepas 15 hari kelahiran, ia tidak lagi dianggap nifas.

.

.

Rujukan pernyataan diatas adalah daripada Hasyiyah Qalyubi, 1/112.

.

Ia juga seperti apa yang telah disebutkan oleh Imam Hajar al-Haitami yang membawa maksud:

.

“Nifas ialah darah yang keluar setelah kosong rahim daripada kandungan walaupun dalam bentuk mudghah (segumpal daging) atau alaqah (segumpal darah)dan ianya berlaku sebelum berlalu tempoh 15 hari (daripada kelahiran). (Rujuk: Ibn Hajar al-Haitami, Tuhfah al-Muhtaj, 1/383).

.

Kalau anda perasan, darah ini merupakan diantara perkara yang paling kerap disebut oleh ibu-ibu yang baru sahaja bersalin.

.

Jika anda bakal bersalin tidak lama lagi, penting juga untuk anda mengetahui akan perkara ini supaya mudah untuk anda membuat persediaan.

.

.

.

.

Persoalan Berkenaan Darah Nifas

.

.

.

.

Antara soalan yang paling kerap ditanyakan saat mengalami nifas ini adalah perkara seperti boleh ke memotong kuku dan rambut?

.

Itu merupakan diantara persoalan yang banyak khilafnya.

.

Namun, memetik pernyataan daripada mufti, ia boleh disimpulkan sebegini.

.

Kebanyakan ulama yang terkemudian yang bermazhab Syafie ada menyebut perkara ini didalam kitab-kitab mereka.

.

Antara pendapat yang paling kuat disebut adalah pendapat daripada Imam al-Ghazali dimana beliau ada menyebut larangan-larang berikut dalam keadaan berjunub:

  • Memotong kuku
  • Memotong rambut
  • Mengeluarkan darah
  • Bahagian daripada tubuh

.

.

Semua ini ada disebutkan didalam kitab Ihya Ulumuddin (2/51):

.

“Dan tidak sepatutnya seseorang itu mencukur rambutnya, memotong kukunya, mencukur bulu ari-arinya, atau mengeluarkan darahnya, atau mengeluarkan satu bahagian daripada dirinya, sedang dia dalam keadaan dia berjunub. Ini kerana sekalian bahagian itu akan dikembalikan pada Hari Akhirat dalam keadaan berjunub lalu dikatakan kepada orang itu : “Sesungguhnya setiap bulu-bulu ini menuntut kepadanya atas keadaan janabah (atau kenapa ia dibangkitkan dalam keadaan hadas besar).”

.

.

Selain itu, memetik kata-kata al-Bujairimi:

.

“Pada (pendapat al-Ghazali) ini ada nazar (kritikan), kerana bahagian badan yang kembali kepada jasad seseorang itu adalah berdasarkan keadaannya sewaktu mati, bukannya sekalian kukunya yang telah dipotong selama umurnya, bukan juga rambut, maka pendapat ini perlu dirujuk kembali. Al-Qalyubi juga menyatakan bahawa kerana kalau dikembalikan kepada seseorang itu akan sekalian kuku dan rambut itu pada jasadnya nescaya akan buruklah rupanya dek kerana panjang kuku dan rambut itu. Manakala al-Madabighi pula berkata bahawa dikembalikan sekalian juzuk badan itu yakni bahagian yang asal sahaja seperti tangan yang terpotong, bukannya rambut atau kuku… Berkata al-Hafiz Ibn Hajar: Setiap seorang daripada manusia akan bangkit dalam keadaan yang dia mati kemudian apabila masuk syurga mereka akan jadi tinggi (seperti saiz Nabi Adam AS.).”

.

Para mufti bersependapat bahawa perbuatan memotong kuku, memotong rambut, mencukur dan seumpanya sewaktu haid dan nifas bukanlah haram.

.

.

Jika dilihat kembali konteks perbincangan didalam kita tersebut lebih kepada dalam keadaan berjunub yang disebabkan oleh berjimak.

.

Keadaan ini boleh dipendekkan waktu berada didalam keadaan berhadas besar tidak seperti haid atau nifas yang lebih panjang.

.

Namun, para mufti dan ulama juga berpendapat bahawa ia terpulang kepada individu bagaimana untuk menguruskan kuku atau rambut yang dipotong tersebut.

.

Hal ini kerana ada yang menyimpan rambut dan kuku tersebut untuk dibersihkan apabila sudah suci.

.

.

Darah Nifas Berapa Hari?

.

.

.

.

Soalan seterusnya yang sering menjadi persoalan para wanita adalah tempoh darah nifas.

.

Berapa lama darah nifas?

.

Darah nifas berapa lama ini sebenarnya bergantung kepada individu juga.

.

Berapa lama darah nifas keluar akan menjadi berbeza. Ada yang sekejap dan ada yang lama.

.

Menurut Ibn Hajar al-Haitami, beliau ada menyebut berkenaan tempoh nifas.

.

.

Sebenarnya tiada had bagi tempoh minimum untuk nifas kerana ia tidak dapat diukur, hanya dapat dilihat seperti apa yang terlihat.

.

Sekalipun nifas itu sangat sedikit, kadar yang lebih sesuai bagi tempoh minimum nifas adalah sedetik.

.

Tempoh paling banyak bagi nifas adalah 60 hari manakala kebiasaan tempoh untuk nifas pula adalah sekitar 40 hari.

.

Tempoh ini adalah didapati daripada istiqra’ iaitu kajuan.

.

Semua ini boleh dirujuk didalam Ibn Hajar al-Haitami, Tuhfah al-Muhtaj, 1/413.

.

Jadi, kesimpulan daripada perbincangan ini bagi tempoh nifas adalah seperti berikut:

  • Tempoh Minimum: Sedetik
  • Tempoh Maksimum: 60 hari
  • Tempoh Kebiasaan: 40 hari

.

Jelas jugalah disini bahawa tempoh maksimum bagi mana-mana wanita untuk keluar darah nifas adalah selama 60 hari.

.

Jika darah nifas anda keluar lebih daripada tempoh 60 hari, hukumnya akan menjadi seperti berikut:

  • Sekiranya darah tersebut bersambung dan tidak berhenti, maka ia dikategorikan sebagai darah istihadah.
  • Sekiranya darah tersebut berhenti walaupun sedetik, maka ia dihukumkan sebagai darah haid.

.

Rujukan untuk anda adalah al-Ibanah wa al-Ifadhah, 36.

.

.

.

.

Darah Nifas Lebih 60 Hari

.

.

.

.

Persoalan seterusnya yang biasanya akan ditanya adalah jika darah nifas tersebut keluar melebihi 60 hari.

.

Sama seperti apa yang telah dikongsikan sebelum ini dimana ia akan dihukumkan kepada hukum berikut:

  • Darah yang kekal bersambung keluar dan tidak terhenti, maka ia akan dikategorikan sebagai istihadah.
  • Manakala jika ia berhenti walaupun sedetik dan kemudiannya bersambung, maka ia akan dikategorikan sebagai haid.

.

.

Tanda Darah Nifas Habis

.

.

.

.

Dalam tempoh hari-hari terakhir nifas, warna darah nifas atau warna darah nifas akhir anda akan secara perlahan-lahan berubah kepada warna yang lebih cerah.

.

Para ulama juga bersepakat bahawa terdapat dua jenis cara untuk memastikan seseorang wanita itu suci daripada haid dan juga nifas:

.

.

1. Keluar cairan putih

.

.

Sebaik sahaja warna darah berubah menjadi lebih cerah, pada hari terakhir akan turut sama keluar cecair putih.

.

Hal ini berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Malik:

.

“Beberapa wanita mengirim kain kapas berwarna kekuningan bekas darah haid. Mereka bertanya, ‘Apakah mereka sudah boleh mengerjakan solat?’ Mendengar soalan itu, Aisyah menjawab: ‘Jangan terburu-buru hingga kamu melihat cairan berwarna putih.”

.

Baca Juga : Keputihan – Dari Warna, Anda Boleh Lihat Penyakit Apa Anda Ada!

.

2. Kering

.

.

.

.

Selain daripada tanda sebelum ini iaitu keluarnya cairan berwarna putih, ia juga hendaklah kering daripada warna darah.

.

Untuk memeriksanya, anda boleh masukkan kain kapas yang berwarna putih ke dalam faraj anda.

.

Jika dengan melakukan sedemikian tiada tanda darah yang keluar, maka anda boleh bersegera untuk mandi wajib darh nifas.

.

Kedua-dua tanda diatas juga merupakan ciri darah nifas sudah bersih.

.

Baca Juga : Darah Haid – 7 Warna Gambaran Kesihatan Wanita

.

Keluar Lendir Kuning Selepas Darah Nifas

.

.

.

.

Ia bukanlah suatu perkara yang pelik jika ada keluar cairan semasa anda dalam keadaan bernifas.

.

Antara persoalan yang sering diajukan mengenai darah nifas adalah keluarnya cairan kuning.

.

Ia sebenarnya merujuk kepada tahap-tahap darah nifas anda.

.

Lochia Rubra

.

.

Darah nifas ini berwarna merah gelap dan akan berlaku selama 3 ke 4 hari.

.

Pada ketika ini, cairan yang keluar mempunyai ciri darah segar dan juga bercampur dengan sel pelapis rahim.

.

Darah nifas berbau seperti darah haid anda.

.

.

Lochia Serosa

.

.

.

.

Darah ini pula berwarna seperti campuran merah jambu dan juga coklat.

.

Ia akan keluar selama 5-6 hari.

.

Ia mengandungi beberapa bahan seperti darah merah, bakteria, sel darah putih dan beberapa jenis organisma lain.

.

.

Lochia Alba

.

.

Untuk tahap ini pula, cairan yang keluar adalah berwarna kuning dan akan kekal sekitar 10 hari ke 16 hari selepas anda bersalin.

.

Didalam cairan ini pula, ia mengandungi beberapa bahan seperti sel darah putih, lendiran daripada serviks, bakteria dan juga beberapa jenis organisma lain.

.

Rasanya itu sahaja perkongsian kami kali ini berkenaan dengan darah nifas.

.

Adalah penting untuk anda dan suami sama-sama mempelajari dan memahami dengan lebih mendalam mengenai darah ini.

.

Hal ini kerana sepanjang anda berada didalam keadaan berdarah nifas, ia mempunyai kaitan dengan ibadah anda.

.

Bimbang pula jika tidak mempunyai ilmu yang mencukupi, anda tertinggal ibadah wajib.

.

Semoga perkongsian kali ini memberikan banyak manfaat buat anda.

Irwani Hasanah