Krim payudara ni selamat ke?
.
Mungkin anda sendiri kerap tertanya-tanya akan soalan ini setiap kali anda terlihat iklan berkenaannya.
.
.
Ye la. Siapa je yang tak nak besarkan aset mereka kan?
.
Namun anda sebenarnya termasuk dalam kategori wanita dan pengguna yang bijak kerana tidak terus terpengaruh dengan janji penjual produk tersebut.
.
Sebelum anda membuat keputusan untuk mendapatkan krim payudara atau tidak, izinkan kami berkongsi dengan anda beberapa kes yang melibatkan produk ini.
.
.
.
.
Kes Krim Besarkan Payudara #1
.
.
Kes ini berlaku di Pahang dimana seorang wanita telah maut akibat daripada pengambilan krim pembesar payudara ini.
.
Hal ini kerana mangsa tidak boleh mengambil sebarang ubatan tanpa mendapat kebenaran daripada doktor dahulu.
.
Ia kerana mangsa mempunyai masalah G6PD.
.
Menurut kawan baik mangsa, kesan buruk krim payudara ini tidak mengambil masa yang lama.
.
Selepas seminggu pengambilan krim ini, mangsa mengadu sakit perut dan mula tiak sedarkan diri.
.
Mangsa dibawa ke hospital untuk pemeriksaan dan hasilnya sangat menakutkan.
.
.
Menerusi pemeriksaan tersebut, sel darah merah mangsa telah meningkat berkali-kali ganda.
.
Mangsa juga dilaporkan sangat obses untuk kelihatan cantik dan mendorongnya untuk mengambil beberapa produk lain bagi tujuan kecantikan.
.
.
Kes Krim Besarkan Payudara #2
.
.
Bagi kes ini pula, mangsa terpengaruh untuk mendapatkan krim payudara hasil pengaruh daripada rakan yang merupakan seorang transgender.
.
Mereka menggunakannya untuk mendapatkan payudara idaman.
.
Pada peringkat awal, mangsa membeli dua botol produk tempatan pada harga RM69 sebotol.
.
Namun, ia langsung tidak memberikan kesan seperti yang diharapkan.
.
Selepas ditanya kepada penjual, mangsa diberikan nasihat dan cadangan untuk menggunakan beberapa botol lagi untuk melihat kesannya.
.
Mangsa yang tersedar dan bimbang akan kesihatan diri mula berhenti daripada mengambilnya.
.
.
Namun mangsa mencuba pula produk dari Thailand yang merupakan dalam bentuk kapsul kerana harganya yang jauh lebih murah.
.
Kesan penggunaan produk ini adalah mangsa tidak mengalami haid dan sakit pinggang.
.
Mangsa yang meneruskan penggunaan mula merasa kesan seperti payudara membengkak, sakit dan terlebih sensitif.
.
Pada mulanya mangsa merasakan ia adalah kesan kerana tidak datang haid namun terus berhenti kerana risau akan kesihatan diri.
.
Baca Juga : KITARAN HAID – 7 PERKARA ANDA WAJIB TAHU JIKA KITARAN HAID TIDAK TERATUR
.
.
Krim Payudara Testimoni
.
.
Biasanya jika anda melihat kepada testimoni pengguna, anda mula merasakan produk tersebut adalah berkesan dan selamat.
.
Namun, pernahkah anda terfikir jika testimoni tersebut bukanlah testimoni asli dan hanyalah rekaan semata-mata untuk melariskan produk?
.
Menerusi satu artikel yang disiarkan oleh Harian Metro, seorang Pakar Kecantikan Estetika iaitu Dr Shaharom Sulaiman mengatakan secara teorinya ia tidak benar.
.
Tiada sebarang krim payudara atau supplemen yang mampu membantu untuk memberikan aset yang luarbiasa kepada wanita.
.
Kiranya apa yang diiklankan seperti membesarkan payudara, menganjalkan payudara dan menjadikan payudara anda lebih montok adalah penipuan semata-mata.
.
Ia juga berisiko untuk memberikan kesan yang tidak elok terhadap kesihatan anda jika digunakan dalam tempoh yang lama.
.
.
Hormon dan Kanser Payudara
.
.
Penggunaan krim payudara akan lebih membimbangkan jika keluarga anda mempunyai sejarah kanser payudara.
.
Hal ini kerana segala produk ini mempunyai kandungan hormon estrogen.
.
Menurut Dr. Shaharom lagi, produk seperti krim payudara yang mengandungi hormon akan menggalakkan lagi pertumbuhan sel kanser.
.
Ia boleh membawa maut bagi mereka yang mempunyai masalah kesihatan speerti G6PD.
.
.
Faktor Yang Mempengaruhi Saiz Payudara
.
.
Ukuran payudara anda tidak mampu diubah dengan penggunaan krim payudara.
.
Hal ini kerana ukuran payudara dipengaruhi oleh genetik sebelah ibu atau bapa.
.
Selain itu, ia juga turut dipengaruhi oleh hormon wanita seperti:
- Progesteron
- Estrogen
.
Bagi kanak-kanak yang mencapai usia akil baligh, payudara mereka akan mula membesar disebabkan oleh perubahan yang berlaku terhadap kedua-dua hormon ini.
.
Ada beberapa keadaan dimana payudara akan menjadi lebih besar atau membengkak:
- Ketika datang haid
- Ketika hamil kerana persediaan untuk menyusukan bayi
.
.
Namun, saiz akan kembali normal selepas keadaan tersebut berlalu.
.
Jika pengguna merasakan payudara mereka mulai membesar, mereka tersilap dengan keadaan badan mereka sendiri.
.
Ia disebabkan oleh peningkatan progestron ketika haid.
.
Ia juga disebabkan oleh pertambahan cecair dalam payudara.
.
Baca Juga : DARAH HAID – 7 WARNA GAMBARAN KESIHATAN WANITA
.
.
.
.
Bahaya Pil dan Krim Payudara
.
.
Jika anda lihat kebanyakan pil yang dijual adalah berasaskan pil perancang keluarga.
.
Ia mengandungi hormon progesteron.
.
Ia dikatakan mampu membengkakkan atau membuat payudara kelihatan lebih besar selagi mana anda menggunakannya.
.
Namun, kandungan hormon tersebut sebenarnya akan membuatkan haid anda tidak teratur dan akan berlakunya pertambahan berat badan.
.
Menurut Dr. Shaharom lagi, ia kelihatan seolah-olah memberikan kesan terhadap payudara.
.
Namun ia sebenarnya disebabkan oleh pertambahan cecair dan bersifat sementara.
.
.
Ada juga ubat yang mengandungi fito-estrogen atau estrogen daripada tumbuhan.
.
Hormon-hormon tersebut akan membuatkan kehadiran estrogen akan dihalang secara semulajadi.
.
Keadaan ini sebenarnya sangat merbahaya.
.
Baca Juga : KANSER PAYUDARA – 7 LANGKAH PEMERIKSAAN AWAL SENDIRI
.
.
Nasihat Pakar Berkenaan Krim Payudara
.
.
Dr. Shaharom juga menasihati semua wanita supaya mendapatkan maklumat daripada mereka yang pakar sebelum membuat sebarang keputusan.
.
Antaranya adalah dengan bertemu dengan pakar pembedahan plastik.
.
Anda perlu membuat penilaian bersama-sama dengan pakar samada apa yang anda ingin lakukan itu dibenarkan atau tidak.
.
Malaysia juga sudah semakin maju dalam teknologi kecantikan dimana terdapat banyak cara yang lebih selamat sudah tersedia seperti:
- Pembedahan implan
- Suntikan filler – Memasukkan lemak sendiri kedalam payudara
.
Risikonya adalah jauh lebih rendah berbanding menggunakan produk yang tidak diketahui bahan-bahannya seperti:
- Krim payudara Mustika Ratu
- Krim payudara dherbs
- Krim payudara Wardah
.
Begitu juga untuk krim payudara di farmasi dan krim besarkan payudara di Guardian.
.
.
Sekalipun kedua-duanya dalam kategori krim payudara selamat dan merupakan krim payudara kelulusan KKM, anda masih perlu berjumpa dengan pakar.
.
Walaupun ia selamat secara umum, risau jika terdapat masalah dari pihak anda seperti alahan atau masalah kesihatan lain.
.
Selain itu, Dr. Patricia Alison Gomez yang merupakan Pakar Bedah Pusar Pakar Payudara turut sependapat dengan Dr. Shaharom.
.
Menurut beliau, produk kecantikan mengandungi hormon seperti krim ini boleh memberikan kesan yang tidak baik terhadap kesihatan.
.
Penggunaan yang banyak dan lama akan meningkatkan risiko kanser payudara.
.
Bahan utama yang meningkatkan risiko kanser adalah hormon estrogen.
.
.
Ia akan memberikan anda ciri-ciri kewanitaan dan membuatkan anda kelihatan lebih cantik.
.
Namun, ia juga merupakan pembunuh secara senyap.
.
.
Krim Payudara Mengikut Hukum Syarak
.
.
Mengikut hukum Islam, anda perlu mengambil kira beberapa perkara ini:
- Tujuan pengambilan
- Mengubah bentuk asal atau tidak
- Sumbernya halal dan baik
- Tidak memudaratkan
.
Ia juga perlulah mempunyai kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
.
.
Anda perlu mengambil kira kesemua perkara ini untuk menentukan samada ia halal atau tidak.
.
Jika tujuan pengambilan adalah untuk lebih hebat ketika melakukan hubungan seksual atau untuk meningkatkan tarikan seksual, anda perlu berfikir dua kali.
.
Kehidupan berumah tangga bukan sekadar kepuasan seksual semata-mata.
.
Namun, ia juga tidak boleh diabaikan.
.
Anda perlu mengambil kira kesemuanya secara menyeluruh bagi memastikan rumahtangga yang dibina akan menjadi lebih harmoni dan diberkati.
.
Sekian sahaja perkongsian kami kali ini berkenaan krim payudara.
.
Diharapkan perkongsian kali ini memberikan manfaat buat anda.