Isteri, Anda Berhak Lebih Bahagia

Sis, ketika ehem-ehem dengan Hubby.. Ada tak rasa Hubby kadang-kadang Susah Tahan Lama atau Keras? Kita pun rasa tak puas, kan?


Tak boleh dibiarkan. Takut semakin melarat. Jom ikhtiar sat ni,..
Selesaikan (Percuma)
Kesihatan Wanita

Selaput Dara – Jenis, Fungsi dan Fakta

Selaput dara sering dikaitkan dengan keperawanan seorang wanita.

.

Masih ramai masyarakat masih beranggapan bahawa wanita yang tidak mempunyai selaput dara bermakna sudah melakukan hubungan seksual.

.

Stigma masyarakat seperti ini perlu dihapuskan supaya tidak menjadi perbalahan antara pasangan yang baru berumah tangga.

.

Setiap wanita mempunyai jenis selaput dara yang berbeza.

.

Fakta juga mengatakan bahawa selaput dara yang telah terkoyak bukan hanya disebabkan oleh hubungan seksual semata-mata.

.

Jom kami kongsikan kepada anda, beberapa maklumat yang anda perlu tahu berkenaan selaput dara.

.

.

Apa Itu Selaput Dara?

.

.

.

.

Selaput dara atau dalam bahasa inggeris lebih dikenali sebagai hymen merupakan lapisan sel yang nipis menyelaputi saluran pembukaan faraj.

.

Secara umumnya, semua wanita akan memiliki lubang kecil pada faraj untuk mengeluarkan darah ketika haid.

.

Keluasan lubang faraj adalah berbeza untuk setiap wanita.

.

Saiz keluasan normal lubang tersebut adalah berukuran sebesar ukur lilit jari atau lebih kecil.

.

Ketebalan lapisan juga bergantung pada individu tersebut, ada yang tebal dan ada juga yang nipis.

.

.

.

.

Fungsi sebenar selaput dara masih menjadi tanda tanya tetapi ada yang berpendapat ia berfungsi sebagai pintu yang menghalang bakteria dari masuk ke dalam faraj.

.

Dara akan pecah atau terkoyak bukan hanya disebabkan melakukan hubungan seksual sahaja.

.

Ia boleh pecah atau terkoyak andai wanita tersebut kerap melakukan aktiviti lasak seperti berlari, berbasikal, berkuda dan sebagainya.

.

Menurut pakar, tidak semua wanita dilahirkan mempunyai selaput dara.

.

Oleh sebab itu, tidak logik untuk meletakkan keperawanan sesetengah wanita itu pada selaput dara semata-mata.

.

Baca Juga : Cara Pecah Dara Malam Pertama – Tips Suami Isteri Agar Tidak Sakit

.

.

Selaput Dara Ada Berapa Lapisan

.

.

.

.

Secara umumnya, selaput dara hanya mempunyai satu lapisan sahaja dan ia sering dikatakan senipis kulit bawang.

.

Lapisannya juga hanya menutupi sebahagian saluran pembukaan faraj.

.

Akan tetapi, ada sesetengah wanita yang menghadapi penyakit imperforated hymen iaitu dara yang menutup penuh.

.

Sekarang anda telah tahu bahawa normal ia hanyalah lapisan yang menutup sebahagian saluran pembukaan faraj bukannya menutup keseluruhan lubang faraj.

.

Jom kami kongsikan pula beberapa jenis selaput dara yang ada.

.

.

Jenis-Jenis Selaput Dara

.

.

.

.

Setiap wanita mempunyai jenis, saiz dan bentuk yang berbeza.

.

Kebiasaan wanita memiliki selaput dara berbentuk seperti donut yakni ia melekat pada dinding lubang faraj dan mempunyai lubang kecil di bahagian tengah.

.

Ada yang tebal, nipis, elastik dan tidak elastik.

.

Anda boleh merujuk pada contoh selaput dara, gambar selaput dara dan bentuk selaput dara untuk lebih teliti.

.

Setiap jenis akan mempengaruhi tahap koyakkan yang berbeza antara mudah ataupun tidak.

.

.

#1 Selaput Dara Normal

.

.

.

.

Selaput dara normal adalah yang paling biasa ditemui.

.

Kedudukan selaput dara dan lubang faraj memiliki ukuran yang normal.

.

Ia tidak terlalu kecil dan tidak juga terlalu besar.

.

Ketebalannya juga pada tahap normal dan tidak begitu elastik.

.

Tahap koyakkan untuk jenis ini sangat mudah ketika berhubungan seksual dan tiada masalah ketika haid.

.

.

#2 Microperforate Hymen

.

.

.

.

Selaput dara atau hymen jenis ini memiliki lubang faraj yang sangat kecil.

.

Jarak selaput dara juga agak tebal dan anda akan menghadapi kesukaran ketika pertama kali melakukan hubungan seksual.

.

Anda akan mengalami pendarahan yang agak banyak dan tahap elastik juga agak tinggi.

.

Jika anda mempunyai masalah ini, anda dinasihatkan untuk melakukan hubungan seksual secara perlahan supaya kesakitannya dapat dikurangkan.

.

Anda boleh mengetahui anda mempunyai hymen jenis ini apabila ketika anda haid, darah yang keluar hanya sedikit demi sedikit.

.

.

#3 Imperforate Hymen

.

.

.

.

Jenis imperforate hymen ini termasuk dalam jenis yang berbahaya kerana ia menutup keseluruhan lubang faraj anda.

.

Anda akan mengalami masalah sakit perut yang teramat sangat ketika haid tetapi tiada darah yang keluar.

.

Anda memerlukan pembedahan kecil untuk memastikan darah haid anda dapat dikeluarkan.

.

Berdasarkan pemerhatian pakar, darah haid yang tidak dikeluarkan akan memenuhi ruang rahim.

.

Kemudian ia akan kembali dan berkumpul dalam perut anda.

.

.

#4 Septate Hymen

.

.

.

.

Jika anda masih tertanya-tanya selaput dara dimana atau selaput dara wanita berada dimana?

.

Sebenarnya, ia berada pada kawasan lubang faraj iaitu di bahagian labia minora atau bahagian bibir dalam faraj yang melekat pada dinding faraj.

.

Septate hymen adalah jenis yang seakan-akan hymen normal.

.

Ia hanya dibezakan dengan sekatan pada bahagian tengah lubang faraj.

.

Anda dapat melihat ia seperti mempunyai dua lubang dan hymen jenis ini tidaklah berbahaya hanya tahap ketebalan dan elastiknya tinggi sedikit dari biasa.

.

.

Selaput Dara Warna Putih?

.

.

.

.

Warna selaput dara normal biasanya berwarna seperti daging iaitu merah atau merah muda.

.

Untuk memeriksa sendiri, anda memerlukan teknik khusus dan alatan bantuan seperti spekulum atau colok dubur.

.

Ini kerana kedudukan selaput dara agak sukar untuk dijangkau dengan sendiri.

.

Selaput dara yang berwarna putih kebiasaannya disebabkan anda sedang berada dalam waktu yang tidak subur.

.

Anda juga boleh mendapati warnanya putih apabila anda sudah menopause.

.

.

.

.

Ia juga akan berwarna putih jika anda mengalami infeksi dan peradangan di sekitar faraj.

.

Situasi ini boleh menjadi bahaya dan boleh juga menjadi tidak bahaya.

.

Kami sarankan anda mendapatkan nasihat dari pakar jika hal ini terjadi.

.

Warna darah selaput dara pula adalah berwarna merah segar.

.

Ia seakan-akan warna darah biasa yang keluar saat kulit terhiris.

.

Baca Juga : Air Mani Wanita – Wanita Pun Ada Juga Ke?

.

.

Bolehkah Selaput Dara Kembali Kepada Asal?

.

.

.

.

Untuk pengetahuan semua, selaput dara yang telah terkoyak tidak akan tumbuh semula secara semulajadi.

.

Akan tetapi, terdapat teknologi yang mampu mengembalikan atau memperbaiki semula lapisan yang terkoyak.

.

Teknologi atau kaedah ini dipanggil sebagai hymenoplasty.

.

Hymenoplasty merupakan kaedah yang selamat digunakan tetapi mempunyai sedikit risiko dan kesan sampingan.

.

Anda disarankan untuk tidak melakukannya kerana membuat selaput yang baru bukanlah jalan yang patut dilakukan oleh wanita hanya disebabkan stigma masyarakat.

.

.

Cara Mengetahui Selaput Dara Sudah Robek Atau Belum

.

.

.

.

Selaput dara yang telah robek atau terkoyak dapat diketahui melalui beberapa tanda.

.

Tanda yang paling mudah adalah terdapat luka kecil atau pendarahan yang berlaku pada bahagian lubang faraj.

.

Anda juga akan dapat melihat cebisan kulit yang terkoyak sekitar 1 hingga 2 cm di sekitar lubang faraj.

.

Anda akan merasa kurang selesa dan pedih di bahagian lubang faraj jika ia telah terkoyak.

.

Ia akan menipis secara semulajadi seiring dengan waktu selepas berlaku koyakan padanya.

.

Cara Mengukur Kedalaman Faraj Wanita

.

.

.

.

Tiada satu cara pun yang boleh mengetahui kedalaman faraj wanita secara pasti.

.

Kedalaman faraj wanita biasanya diukur dari mulut faraj hingga hujung serviks.

.

Kedalaman faraj rata-rata adalah sekitar 7.6 cm hingga 17.7 cm.

.

Kedalaman faraj wanita tidak boleh diukur berpandukan susuk tubuh wanita tersebut.

.

Jika anda menjumpai cara yang menyebut tentang ukuran kedalaman faraj wanita, ingatlah bahawa itu semua hanyalah mitos semata-mata.

.

.

Ukuran Kedalaman Faraj Boleh Berubah

.

.

.

.

Faraj wanita adalah bahagian organ dalaman kemaluan wanita yang sangat fleksibel.

.

Bahagian luar kemaluan wanita pula dipanggil sebagai vulva.

.

Bahagian antara vulva dan faraj pula dipanggil sebagai vestibule.

.

Faraj atau bahasa inggeris dikenali sebagai vagina boleh berubah mengikut kehendak dan keperluan semasa.

.

Jom kami kongsikan kepada anda faktor yang mempengaruhi perubahan kedalaman faraj.

.

.

#1 Aktiviti Berhubungan Seksual

.

.

.

.

Ketika wanita mendapat rangsangan seksual, darah yang mengalir ke faraj akan menjadi lebih banyak.

.

Disebabkan rangsangan tersebut, kedalaman faraj akan menjadi lebih panjang dan serviks akan menjadi lebih tinggi.

.

Kemasukan zakar buat pertama kali ke dalam faraj akan mengambil sedikit masa untuk mengembang dan memanjang mengikut kesesuaiannya.

.

Oleh sebab itu, anda yang pertama kali melakukan hubungan seksual tidak boleh memaksa kemasukan zakar ke dalam faraj.

.

Kesakitan yang teramat sangat akan menyebabkan hubungan seksual anda akan menjadi kurang menyenangkan.

.

.

#2 Menggunakan Menstrual Cup

.

.

.

.

Ketika anda sedang haid dan menggunakan menstrual cup, ukuran liang faraj akan dengan fleksibelnya menyesuaikan dengan objek yang dimasukkan.

.

Untuk pengetahuan anda, menstrual cup merupakan alternatif lain selain daripada menggunakan tuala wanita ketika haid.

.

Menstrual cup dipercayai dapat menampung lebih banyak darah haid dan dapat digunakan berulang kali.

.

Ini dapat mengelakkan wanita daripada menghadapi masalah kebocoran ketika haid.

.

Anda tidak perlu risau berkenaan dinding faraj tidak kembali kepada asal kerana faraj sangat fleksibel dan ia akan kembali kepada asal secara semulajadi.

.

.

#3 Kehamilan

.

.

.

.

Ketika dalam fasa hamil, saluran faraj anda akan berubah bentuk.

.

Faraj anda akan meregang pada tahap maksima demi menyiapkan laluan untuk melahirkan bayi.

.

Selepas bersalin, anda akan mendapati faraj anda akan sedikit kering, longgar dan nampak sedikit berbeza ketika dilihat secara mata kasar.

.

Perkara ini sangatlah normal dan anda tidak perlu kuatir kerana selepas 6 bulan bersalin, ukuran kedalaman faraj akan kembali kepada asal.

.

Perkara ini disokong oleh International Journal of Obstetrics and Gynaecology walaupun mengikut logik, ia tidak akan betul-betul sama.

.

Baca Juga : Cara Bersetubuh Dari Awal Hingga Akhir

.

.

Cara Penjagaan Faraj Paling Penting

.

.

#1 Membersihkan Dengan Cara Yang Betul

.

.

.

.

Faraj adalah organ dalaman wanita yang berfungsi seperti mesin pintar.

.

Ia secara semulajadinya dapat membersihkan dirinya dengan sendiri.

.

Anda tidak perlu menggunakan sabun pembersih atau apa-apa produk yang mengandung bahan kimia untuk membersihkannya.

.

Cukup sekadar anda menggunakan air suam atau air bersih untuk membersihkannya.

.

Kandungan bahan kimia akan mengganggu pH semula jadi faraj dan boleh menyebabkan faraj anda dijangkiti bakteria.

.

.

#2 Memastikan Faraj Sentiasa Kering

.

.

.

.

Anda perlu memastikan faraj anda sentiasa berada dalam keadaan kering.

.

Anda disarankan untuk menggunakan pakaian yang menyerap air dan sering menggantikan pakaian dalam jika ia basah.

.

Kelembapan pada bahagian faraj akan meningkatkan lagi risiko faraj anda dijangkiti bakteria.

.

Ini disebabkan bakteria akan mudah membiak pada kawasan yang lembab.

.

Setiap kali anda selesai membuang air kecil, anda perlu mengeringkannya sebelum memakai pakaian dalam anda.

.

.

#3 Ketika Haid

.

.

.

.

Pemilihan jenama tuala wanita sangat penting untuk menjaga kebersihan pada bahagian faraj wanita.

.

Anda perlu menggunakan tuala wanita yang menyerap darah haid.

.

Anda dinasihatkan menggantikan tuala wanita setiap 3 hingga 4 jam sekali.

.

Ini bagi memastikan bahagian kulit faraj tidak terdedah dengan darah haid dengan terlalu lama.

.

Darah haid merupakan darah yang kotor dan ia akan membuatkan kulit faraj anda menjadi gatal-gatal.

.

.

#4 Berhubungan Intim

.

.

.

.

Faraj adalah organ seksual yang paling utama, maka anda perlu memberi perhatian yang lebih setiap kali melakukan hubungan seksual.

.

Anda perlu membersihkan dan mengeringkan faraj anda selepas melakukan hubungan seksual.

.

Anda juga disarankan untuk membuang air kecil selepas melakukan hubungan seksual supaya risiko dijangkiti bakteria dapat dikurangkan.

.

Anda perlu rajin sedikit untuk bangun membersihkan faraj anda walaupun telah penat beraksi.

.

Ini kerana faraj anda terlalu sensitif dan memerlukan penjagaan yang lebih untuk jangka masa yang panjang.

.

Itu sahaja perkongsian kami berkenaan selaput dara dan sedikit informasi tambahan berkenaan faraj wanita.

.

Semoga perkongsian ini dapat membantu dan memberikan sedikit sebanyak ilmu baru kepada anda.

Irwani Hasanah