Sis, ketika ehem-ehem dengan Hubby.. Ada tak rasa Hubby kadang-kadang Susah Tahan Lama atau Keras? Kita pun rasa tak puas, kan?
Selulit merupakan kawasan permukaan kulit yang kasar atau kesan benjolan kecil pada permukaan kulit akibat daripada pengumpulan lemak.
.
Ramai yang tersalah anggap bahawa ia sama dengan stretch mark.
.
Stretch mark adalah parut akibat daripada regangan pada bahagian kulit.
.
Anda boleh melihat beza selulit dan stretch mark ini pada bentuk permukaan kulit dimana selulit akan lebih timbul dan stretch mark akan lebih rata.
.
Jangan tersalah pula selepas ini, jom kita kenali selulit dengan lebih mendalam.
.
.
.
.
.
.
Dalam sesetengah keadaan, ia dikatakan sebagai lemak yang menyerap lebihan air dan mengandungi sisa toksin yang beracun.
.
Ia akan terperangkap di dalam sel lemak dan berada di penunjang bawah kulit.
.
Kemudian benjolan kecil akan terbentuk pada permukaan kulit dan membuatkan kulit menjadi kasar.
.
Lama-kelamaan benjolan itu akan semakin keras sehingga menyebabkan aliran darah tersumbat.
.
Benjolan yang mengeras itulah yang dipanggil sebagai selulit.
.
Baca Juga : Kemaluan Wanita – 15 Salah Faham Wanita Tentang Faraj
.
.
.
.
.
.
Wanita mempunyai kebarangkalian yang lebih tinggi berbanding lelaki untuk ia terjadi.
.
Ini disebabkan oleh lapisan kulit pada tubuh wanita yang lebih sensitif daripada lelaki.
.
Ia juga dikatakan mudah terjadi disebabkan posisi jaringan kulit wanita yang vertikal berbanding posisi kulit lelaki yang bersilang.
.
Jaringan kulit wanita akan memudahkan perkembangan ketika sel lemak bertambah dan akan membentuk permukaan kasar pada kulit.
.
Kehilangan sifat elastik ada kulit akan menyebabkan berlakunya selulit perut, selulit peha, selulit merah, selulit di peha dan selulit di punggung.
.
.
.
.
.
.
Menurut salah seorang jurulatih kecergasan, kira-kira 85 peratus wanita mempunyai selulit.
.
ia sangat jarang berlaku kepada lelaki kerana sel lemak pada kulit lelaki lebih jauh daripada lapisan atas kulit.
.
Di bawah kulit terdapat satu lapisan tisu penghubung yang bertanggungjawab menambat kulit pada otot dibawahnya.
.
Lapisan penghubung ini dipanggil sebagai septae dan ia akan mewujudkan kamar lemak yang akan menolak kulit sementara lapisan penghubung akan menarik kulit.
.
Perbezaan dalam susunan tisu penghubung telah menjelaskan mengapa lelaki sukar mempunyainya berbanding wanita.
.
.
.
.
Antara punca lain berlakunya selulit pada wanita adalah:
.
.
Baca Juga : Cara Hilangkan Senggugut – Pengalaman Kena Senggugut Teruk & Cara Hilangkan
.
.
.
.
.
.
Anda perlu menerima kenyataan bahawa tiada sebarang rawatan yang boleh menyingkirkannya secara efektif.
.
Apa yang anda boleh lakukan hanyalah mengurangkannya sahaja.
.
Kaedah yang akan kami kongsikan ini tidak akan menghilangkannya 100 peratus tetapi ia adalah satu alternatif untuk mengurangkan penampakkannya pada permukaan kulit.
.
Berikut merupakan cara menghilangkan selulit atau cara hilangkan selulit yang anda boleh lakukan supaya kulit anda lebih sekata.
.
.
.
.
.
.
Kaedah rawatan ini dipanggil sebagai liposuction dan ia juga adalah kaedah untuk membentuk badan yang ideal.
.
Lemak di dalam badan akan diserap keluar dan ia hanya akan memberi kesan untuk sementara waktu sahaja.
.
Proses ini mungkin boleh membantu membentuk permukaan kulit yang rata tetapi ia tidak membuang dengan sepenuhnya.
.
Perlu diingatkan bahawa rawatan ini berisiko untuk menyebabkan masalah menjadi semakin teruk.
.
Rawatan ini tidak akan mengubah struktur kulit asal dan masalah masih boleh berulang.
.
.
.
.
.
.
Kaedah ini banyak digunakan di pusat-pusat kecantikan seperti spa dan sebagainya.
.
Thermal shape merupakan rawatan yang baru dan inovatif yang bertindak mengurangkannya.
.
Rawatan ini telah di khaskan untuk membentuk semula tubuh badan wanita terutamanya pada bahagian perut, punggung dan paha.
.
Ia juga berfungsi sebagai alternatif membantu dan membaiki semula kulit badan yang kendur.
.
Anda dapat melihat kesannya walaupun hanya satu sesi rawatan.
.
.
.
.
.
.
Urutan pada bahagian selulit adalah untuk meningkatkan pengedaran darah dan mengurangkan pengekalan cecair dalam badan.
.
Anda boleh menggunakan minyak pati cypress yang ditambahkan dengan minyak alpukat atau minyak kuman gandum.
.
Urut pada kawasan yang bermasalah dengan kuat selama 5 minit sehari.
.
Urutan juga dapat melonggarkan sel lemak akan tetapi ia tidak dapat menghapuskan lemak tersebut.
.
Urutan perlu disusuli dengan penggunaan produk hilangkan selulit supaya kesannya semakin tinggi.
.
Baca Juga : KRIM PAYUDARA : Betul-Betul Selamat & Berkesan Ke?
.
.
.
.
.
.
Terdapat pelbagai krim penghilang selulit yang terdapat di pasaran termasuk krim selulit di watson.
.
.
Pemilihan krim perlu mengandungi bahan pelangsing badan yang tinggi pembakaran lemak seperti kapsaisin dan polifenol.
.
Anda juga perlu memilih krim yang mengandungi pelembap atau bahan yang berguna untuk kecantikan kulit seperti hyaluronic acid.
.
Gunakan krim yang mempunyai tekstur yang padat agar mudah untuk anda gunakan.
.
Seterusnya, gunakan krim yang mempunyai aroma yang menenangkan supaya anda lebih semangat untuk menggunakannya setiap hari.
.
.
.
.
.
.
.
.
Berdasarkan teori, kolagen yang kurang boleh mengurangkan selulit dari terjadi.
.
Anda perlu berhati-hati sebelum mencuba sebarang produk yang perlu dimakan.
.
Periksa dahulu sama ada ia mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan dan jenama itu tersenarai dalam produk yang selamat di makan.
.
Walaupun ia mendakwa menggunakan bahan semulajadi tetapi kemungkinan untuk mengandungi bahan yang boleh menjejaskan buah pinggan adalah tinggi.
.
Anda boleh mencuba ubat selulit di farmasi yang pasti diyakini penggunaannya.
.
.
.
.
.
.
Laser atau sistem radio frekuensi merupakan gabungan antara urutan dan liposuction yang lebih dikenali sebagai terapi cahaya.
.
Ia akan mencairkan lemak serta dapat mengetatkan kulit dalam satu sesi.
.
Selain itu, laser akan meningkatkan peredaran darah dan mengurangkan pengekalan cecair dalam kulit.
.
Laser juga merupakan kaedah yang paling berkesan untuk masalah ini.
.
Rawatan laser dapat bertahan selama tempoh 6 bulan sebelum ia boleh berlaku semula.
.
.
.
.
.
.
Minum lebih banyak air putih merupakan antara pilihan yang paling mudah untuk dilakukan.
.
Air putih dapat membantu anda mengatasi masalah selulit.
.
Selain itu, air putih juga akan membantu anda mengekalkan hidrasi pada badan.
.
Akan tetapi, anda perlu berhati-hati kerana air juga mampu menyingkirkan toksin dan boleh menyebabkan pengumpulan lemak berlaku.
.
Anda boleh minum dengan kadar yang banyak tetapi kawal sedikit supaya ia tidak terlalu berlebihan.
.
.
.
.
.
.
Sesetengah senaman boleh membantu anda mengetatkan kulit pada sekitar kawasan yang anda mahukan.
.
Senaman kaki dan glute dapat memfokuskan untuk kulit disekitar kawasan paha.
.
Senaman tidak akan menghilangkan masalah ini tetapi ia akan menjadikan otot lebih kuat dan kulit lebih anjal dan ketat serta mengurangkan penampilannya.
.
Anda boleh mencuba senaman seperti squat, jump-squat, step-up dan side-to-side.
.
Senaman lain seperti berbasikal, berzumba, mendaki, berlari dan berenang juga dapat membantu masalah ini.
.
.
.
.
.
.
Seterusnya, teori lain adalah penggunaan jenis lemak yang salah dapat mengakibatkan ketidakseimbangan asid lemak dalam badan.
.
Asid lemak yang diperlukan oleh badan adalah asid lemak untuk kulit dan tisu yang licin.
.
Terdapat beberapa bukti pengambilan asid lemak omega-3 dan vitamin larut lemak yang mencukupi akan membantu mengurangkan masalah ini.
.
Omega-3 dan vitamin larut lemak juga penting untuk fungsi dalam badan yang lain.
.
Contoh omega-3 terbaik adalah bayam, benih mustard, ikan teri, kacang soya, tiram dan banyak lagi.
.
.
.
.
.
.
Hormon memainkan peranan besar dalam pembentukan selulit dan ia disokong oleh ramai pihak.
.
Keseimbangan hormon dapat membantu mengurangkan masalah selulit pada kulit.
.
Keseimbangan hormon bukan sahaja membantu pada bahagian kulit sahaja.
.
Ia juga dapat membantu masalah dalaman wanita, emosi dan fizikal wanita itu sendiri.
.
Yang paling seronok, keseimbangan hormon dapat membantu masalah tidur malam dan daya ingatan wanita.
.
.
.
.
.
.
Selulit berkaitan dengan lemak dalam kulit, lemak pula berkait dengan berat badan.
.
Jadi, antara jalan penyelesaian untuk menghilangkan masalah ini adalah dengan mengawal berat badan anda.
.
Berat badan yang berlebihan atau obesiti sangat cenderung untuk mendapat masalah ini.
.
Mengurangkan berat badan melalui senaman ringan dan diet pemakanan yang sihat dapat mengurangkan kewujudan kulit menggerutu.
.
Ia juga adalah salah satu ikhtiar dalam mengurangkan kewujudan selulit pada kulit.
.
Itu sahaja perkongsian kami berkenaan selulit.
.
Sekali lagi kami ingin ingatkan kepada anda bahawa selulit tidak dapat dihilangkan 100 peratus tetapi ia dapat dikurangkan sahaja.
.
Semoga bermanfaat.
Sebelum kami kongsikan dengan lebih lanjut mengenai nama anak lelaki, kami nak ucapkan tahniah kepada…