Sis, ketika ehem-ehem dengan Hubby.. Ada tak rasa Hubby kadang-kadang Susah Tahan Lama atau Keras? Kita pun rasa tak puas, kan?
Tanda bersalin semakin hampir mungkin sering menjadi persoalan buat para ibu mengandung.
.
Tidak kira walau apa cara sekalipun anda bakal bersalin, anda mesti ingin tahu tanda-tanda bersalin yang ada.
.
Bersalin normal, bersalin czer atau bersalin dalam air biasanya akan memberikan tanda bersalin yang sama.
.
.
Beza jenisnya nanti adalah apa komplikasi yang akan berlaku atau apa masalah yang sudah ditemui sedari awal lagi sewaktu anda hamil.
.
Pentingnya untuk anda mengetahui tanda ini adalah untuk anda tahu samada anda benar-benar dah nak bersalin atau false alarm semata-mata.
.
Sebenarnya agak susah untuk menjawab soalan seperti tanda bersalin awal atau tanda bersalin awal dari due date, sebab setiap proses bersalin adalah berbeza.
.
Namun, dengan mengetahuinya secara asas, anda akan tahu bahawa anda dah tak lama untuk berjumpa dengan bayi anda.
.
Baca Juga : Mengandung Kali Pertama? Jom Baca Apa Yang Anda Perlu Buat dan Elak!
.
.
.
.
.
.
.
Proses bersalin adalah proses melahirkan bayi yang bermula dengan kontraksi pada uterus dan berakhir dengan kelahiran bayi.
.
Jika anda sama seperti ibu hamil yang lain, anda mungkin tertanya-tanya apa yang anda perlu berikan perhatian jika hampir tiba masa untuk bersalin.
.
Ada 10 tanda bersalin yang anda perlu berikan perhatian:
.
.
.
.
Untuk tanda bersalin dibawah ini, ia juga merupakan tanda kepada tanda bersalin 7 bulan, tanda bersalin 35 minggu, tanda bersalin 37 minggu, tanda bersalin 38 minggu, dan juga tanda bersalin 39 minggu.
.
.
.
.
.
Jika anda mengandung kali pertama, bayi anda akan turun ke kawasan pelvis anda.
.
Biasanya ia berlaku beberapa minggu sebelum tanda bersalin yang serius berlaku.
.
Biasanya ia berlaku sekitar dua ke empat minggu.
.
Namun, ia sebenarnya adalah berbeza bergantung kepada individu.
.
Dalam kebanyakan fasa bakal bersalin, rasa ringan dan kepala turun ini tidak akan berlaku sehinggalah anda benar-benar ingin bersalin.
.
Bayi anda sebenarnya sedang berada didalam keadaan bersedia untuk keluar.
.
.
Dia akan keluar dengan kepalanya dahulu.
.
Anda mungkin akan berasa kerap ingin terkencing seperti mana yang anda dah alami sepanjang tempoh kehamilan selama ini.
.
Ia akan menjadi lebih kerap sewaktu trimester ketiga kerana kepala bayi anda pada masa ini sedang menekan pundi kencing anda.
.
Berita baiknya apabila anda mendapat tanda bersalin ini adalah anda akan mendapat ruang yang lebih untuk bernafas.
.
Hal ini kerana si kecil anda sudah bergerak jauh daripada paru-paru anda.
.
.
.
.
.
Servik anda pada saat ini juga sedang bersedia untuk proses bersalin.
.
Ia akan mula untuk melebar dalam tempoh beberapa hari atau minggu sebelum anda bersalin.
.
Dalam waktu ini, kelebarannya akan diukur dan dicatat dengan lebih kerap.
.
Namun, jangan sesekali anda berasa tertekan jika ia melebar secara perlahan atau belum melebar lagi.
.
Setiap ibu hamil adalah berbeza.
.
.
.
.
.
Jika ini bukanlah kali pertama anda bakal bersalin, anda akan merasakan perkara ini.
.
Kekejangan dan rasa sakit pada bahagian bawah badan anda dan paha.
.
Ia merupakan tanda bersalin yang menyatakan anda dah benar-benar hampir untuk bersalin.
.
Otot dan sendi akan mula meregang dan bergerak sebagai persediaan untuk bersalin.
.
.
.
.
.
Sepanjang fasa kehamilan, sejenis hormon yang dikenali sebagai relaxin akan dikeluarkan.
.
Hormon ini akan membuatkan sendi anda melonggar.
.
Sebelum anda masuk ke wad bersalin, anda pasti akan perasan sendi di seluruh badan anda berasa lebih longgar.
.
Badan anda juga akan berasa lebih tenang.
.
Ia sebenarnya cara semulajadi yang diberikan kepada ibu mengandung untuk memudahkan bukaan pelvis anda.
.
Dengan cara ini juga ia akan memudahkan bayi anda untuk keluar.
.
.
.
,
.
Sama waktunya dengan otot didalam uterus anda mulai tenang untuk persediaan bersalin, begitu juga keseluruhan badan anda.
.
Ia termasuk juga dengan otot-otot pada kawasan rektum anda.
.
Perkara inilah yang akan menyebabkan cirit-birit.
.
Tanda bersalin ini juga mungkin anda akan alami pada waktu lain sepanjang fasa kehamilan anda.
.
Walaupun ia sedikit annoying, namun ia sebenarnya adalah normal.
.
Apa yang anda perlu lakukan adalah kekal hidrat.
.
Lagipun anda kena tahu bila anda terlebih lawas, ia baik untuk anda.
.
Biasa kan selalu sembelit dan susah untuk membuang.
.
.
.
.
.
Pertambahan berat badan biasanya akan sekata pada penghujung fasa kehamilan anda.
.
Tak hairan jika pada waktu ini sesetengah ibu hamil akan mengalami penurunan berat badan.
.
Ia adalah normal dan tidak akan memberikan kesan terhadap berat bayi anda.
.
Bayi anda tetap bertambah beratnya.
.
Anda pula mengalami penurunan disebabkan oleh paras amniotic fluids yang berkurang.
.
Ia juga disebabkan oleh anda perlu kerap ke tandas dan peningkatan aktiviti yang dilakukan.
.
.
.
.
.
.
.
Pada masa ini, anda akan berasa seperti anda masih di trimester pertama.
.
Rasa penatnya tu lain macam.
.
Pada masa ini juga pundi kencing anda berasa lemah dan ingin kerap kencing.
.
Anda juga perlu menghadap rasa lesu yang terlampau.
.
Saiz perut yang besar, termasuklah pundi kencing dan organ lain yang ditekan akan menyukarkan tidur malam anda.
.
.
Ia akan berlaku dan merupakan tanda bersalin pada hari-hari atau minggu-minggu terakhir fasa kehamilan.
.
Jadi, setiap kali anda berasa mengantuk, terus sahaja tidur.
.
Tapi ada masanya ibu hamil akan berasa sebaliknya.
.
Penuh bertenaga!
.
Disebabkan tarikh kelahiran anak semakin hampir, ibu akan menjadi terlebih semangat untuk membersih dan menyusun segala benda yang ada.
.
Sebenarnya ia bukanlah masalah besar selagi mana anda tidak melakukannya secara berlebihan.
.
.
.
.
Ia juga boleh jadi tanda seminggu sebelum bersalin.
.
.
.
.
.
Anda mungkin juga perasan pada waktu ini lendir kerap keluar dari faraj anda.
.
Ia boleh keluar dalam saiz yang besar dan kelihatan sama seperti apa yang keluar dari hidung anda.
.
Ia boleh juga keluar dalam kuantiti yang kecil.
.
Apapun, besar juga kemungkinan untuk anda tidak sempat melihat semua ini.
.
Pada hari-hari terakhir sebelum anda bersalin, anda akan melihat pertambahan atau bahan buangan dari faraj yang lebih pekat.
.
Bahan yang pekat dan berwarna sedikit merah jambu ini merupakan tanda bersalin yang anda perlu berikan perhatian.
.
Namun, tanpa kontraksi atau kelebaran seluas 3 ke 4 cm, ia mungkin beberapa hari lagi sebelum anda bersalin.
.
.
.
.
.
Kontraksi merupakan tanda bersalin yang paling perlu diberikan perhatian.
.
Cuma, anda perlu tahu bahawa anda berkemungkinan mengalami Braxton Hicks contractions selama beberapa minggu atau bulan sebelum anda bersalin.
.
Ia boleh dikategorikan sebagai kontraksi palsu.
.
Anda akan merasakan seperti dipicit saat otot pada uterus anda mengetat.
.
Ia adalah persediaan untuk anda meneran bayi keluar nanti.
.
Macam mana anda nak tentukan sama ada ia benar atau palsu? Lihat pada tanda-tanda dibawah ini:
.
.
.
.
.
Kebanyakan drama biasanya akan menunjukkan situasi air ketuban pecah semasa dalam keadaan yang tak berapa masuk akal.
.
Jadi, jangan percaya sangat.
.
Air ketuban pecah merupakan tanda bersalin terakhir yang anda akan lalui.
.
.
Sekalipun jika anda tidak mendapat tanda bersalin seperti yang kami nyatakan, anda tidak perlu risau.
.
Bila sampai masanya, anda akan tahu dan apabila anda dah dimasukkan ke wad, jururawat dan doktor akan mengesan sekiranya ada.
.
.
.
.
.
Mungkin itu juga soalan yang anda selalu terfikir atau akan terfikir.
.
Bila due date anda dah dekat dan anda mula mengalami tanda-tanda yang semakin jelas seperti kontraksi anda semakin besar, doktor akan maklumkan apa yang perlu dilakukan.
.
Kontraksi yang berlaku dengan lebih konsisten, menyakitkan dan lamanya sekitar 30 ke 70 saat, ia merupakan masa yang tepat untuk anda periksa dengan doktor.
.
Jika anda rasa ragu-ragu samada anda dah bersedia untuk bersalin atau tidak, hubungi sahaja pihak hospital.
.
Mereka akan berikan bantuan yang sewajarnya.
.
Anda boleh hubungi hospital sekiranya anda:
.
Rasanya itu sahaja perkongsian kali ini berkenaan tanda bersalin.
.
Jangan lupa untuk baca perkongsian kami mengenai persediaan bersalin dan juga persiapan bersalin.
.
Baca disini : Persediaan Bersalin – Isteri dan Suami Perlu Sama-sama Sedia
.
Semoga bermanfaat.
Sebelum kami kongsikan dengan lebih lanjut mengenai nama anak lelaki, kami nak ucapkan tahniah kepada…
View Comments
I agree with your point of view, your article has given me a lot of help and benefited me a lot. Thanks. Hope you continue to write such excellent articles.
Reading your article has greatly helped me, and I agree with you. But I still have some questions. Can you help me? I will pay attention to your answer. thank you.
Your article helped me a lot, is there any more related content? Thanks!
Thanks for sharing. I read many of your blog posts, cool, your blog is very good.
Thank you for your sharing. I am worried that I lack creative ideas. It is your article that makes me full of hope. Thank you. But, I have a question, can you help me? https://accounts.binance.com/en/register?ref=PORL8W0Z
After reading your article, it reminded me of some things about gate io that I studied before. The content is similar to yours, but your thinking is very special, which gave me a different idea. Thank you. But I still have some questions I want to ask you, I will always pay attention. Thanks.
At the beginning, I was still puzzled. Since I read your article, I have been very impressed. It has provided a lot of innovative ideas for my thesis related to gate.io. Thank u. But I still have some doubts, can you help me? Thanks.
Your article helped me a lot, is there any more related content? Thanks! https://accounts.binance.com/ka-GE/register?ref=UM6SMJM3
I don't think the title of your article matches the content lol. Just kidding, mainly because I had some doubts after reading the article. https://accounts.binance.com/en/register-person?ref=DB40ITMB
I am a student of BAK College. The recent paper competition gave me a lot of headaches, and I checked a lot of information. Finally, after reading your article, it suddenly dawned on me that I can still have such an idea. grateful. But I still have some questions, hope you can help me.